Monday 23 October 2017

day 0

     Day 0, Ahad 22 oktober 2017. Hari pertama sebelum tarikh aku betul betul intern 23 0ktober 2017. Sebelum pukul 8 a.m aku dah kena smpai ofis sebab nak gerak ke KL untuk mengikuti bengkel ilustrasi buku cerita kanak-kanak  di Rumah Gapena. Disebabkan first day,bukan main awal aku gerak ke ofis pukul 7 a.m .

     Aku bergerak ke KL bersama En. Muhammad ( Cikmat ) iaitu merangkap sebagai big bos tempat pratikal aku  dan sorang lagi anak buah Cikmat, Faiz. Sampai  KL, jalan asal  ke rumah Gapena tutup, disebabkan ada aktiviti larian.  So, kami pun cari jalan alternatif lain. Berpusing berpusing jugak la kat KL tu sebab cari rumah Gapena.HAHA :D hampir satu jam berpusing akhir jumpa jugak rumah Gapena. HUH ..lega.

     Sampai je sana, sebelum bengkel bermula , kami makan makan bersama peserta lain. TERKEJUT jugak la aku bila tengok peserta peserta lain bukan calang calang orang. Ada yang cikgu, datin, dr. dan kebanyakkan mereka seorang pesara. Bukan nya saing saing aku and aku paling muda kat situ HAHA.

     Okay ape yang aku belajar dalam bengkel tu memang menarik . Antaranya panduan penerbitan buku bergambar. Apa yang aku belajar, cara nak buat buku, cara nak tulis buku and cara nak lukis watak watak mudah dalam cerita. Then , aku pun slow slow belajar la buat buku sikit sikit  walaupun tak berapa nak ada bakat menulis tu.hihihi seronok memang seronok. Lagi lagi bila kau tengok hasil peserta peserta lain gempak gempak gila.aku ni je yg terkial kial hahahha....

     So ape yang aku  dapat daripada pengalaman baru ni amat berpuas hati laa. .bukan je dapat belajar buat buku je sekaligus aku dapat jugak kenal dengan pelukis pelukis buku. Sekian TERIMA KASIH Cikmat bagi saya rasa pengalaman baru  :D



hasil kerja aku mengikuti bengkel ilustrasi buku cerita kanak-kanak.
 Takpa buruk asalkan ada usaha hahah :D





Bergambar bersama peserta bengkel sebelum balik


1 comment:

  1. Bengkel atau kursus menulis buku kanak-kanak oleh Basari pada kali ini adalah siri akhir 2017. Rasanya rugi jika tidak ambil kesempatan membawa dan beri peluang kepada Reen turut serta. HAsratnya ialah supaya Reen berjaya menulis buku cerita kanak-kanak untuk diterbitkan oleh MBC. Jika tidak berjayapun, dia sudah faham proses penerbitan. Moga-moga dia boleh membantu di sana-sini dalam proses penerbitan daribpara peserta nanti.

    ReplyDelete

FAV SONG

                NAK BELANJA SIKIT LAGU FAV AKU HARI NI . SAMBIL SAMBIL BACA BLOG AKU NI, KORANG DENGAR LA LAGU NI.