Wednesday, 25 October 2017

Day 2

     Selasa, 24 October 2017. Okay hari ni cikmat ajar macam mana nk guna blogger ni.
Haa kalau nak tahu, aku bukan nye reti blogger blogger semua ni. Aku ni bukan nye kaki update ke apa. Kalau ada masalah ke, cerita ke, aku lebih kepada pendam.  Biar aku sorang ja tahu.

     Tapi disebabkan aku intern dekat MBC ni. Aku kena la belajar guna blogger ni. Almaklum laaa nanti cikmat nak hantar aku pi kursus blogger.

     Masa tgah kusyuk buat blogger tu, ada orang datang nak jumpa cikmat. Promote pasai depa punya business. Cenggini weh sempat jugak la diorang test staf cikmat. Kami diberi kertas then kena lukis kereta kebal. Ha terkial memasing nk lukis kereta kebal. Tapi bila dia tunjuk cara cara nak lukis kereta melalui laman web "drawzania" diorang tu, rupanya senang je nk lukis kereta kebal. Lima minit dah boleh siap!


Nah. ni hasil lepas tengok drawzania tu (gambar 2). Gambar 1 tu tak berapa nak  jadi sangat.


     Lepas buat benda tu,cikmat suruh staf syaf pos barang. Nak dijadikan cerita harini, masa tu cikmat balik makan. Aku dengan hajar je kat ofis. Elok tgah buat kerja, abang posmen datang nak ambil barang.  Apelagi,kami kabut la sebab ada yg tak print lagi.
Abang pos tu terpaksa la tunggu kejap. Then kami letak kertas yg print tu kat parcel. So setel. Sekali,bila cek balik, hajar tersalah alamat. Hahahah. Abang pos pulak dah blah. Hajar kejar pun tak sempat 

     Ha masing masing cuak da tersalah alamat. Nak taknak kena bgi tahu cikmat jugak. Kena marah, tak kena marah ke,tu belakang cerita. Huh. Nasib tak kena marah weyhhhhh. Hahaha 'MAAFKAN KAMI LAH YE CIKMAT"



1 comment:

  1. Blog ini bertujuan supaya Reen dapat rakamkan perjalanan kehidupannya sebagai intern di MBC. Satu hari satu entri. HAbis intern, blog ini akan dijadikan buku. Reen pilih tajuk Aku Budak Blogger. Menarik.

    Berkaitan dengan kesalahan itu, nasib baik Hajar sudah beritahu awal melalui wasap. Cool sikit. Tak sampai hati nak marah.Pengajarannya saya perlu beri arahan yang jelas dan mudah difahami.

    ReplyDelete

FAV SONG

                NAK BELANJA SIKIT LAGU FAV AKU HARI NI . SAMBIL SAMBIL BACA BLOG AKU NI, KORANG DENGAR LA LAGU NI.